My view of the world

Islam, Iman, Ihsan...

Apabila disebut sahaja perkataan 'hiburan' pada masa kini, umum akan mengaitkannya dengan muzik, filem, artis, TV dan sebagainya. Definisi tersebut tidak salah. Memang benar muzik dan filem itu suatu jenis hiburan namun begitu, adakah itu sahaja bentuk hiburan yang ada di dunia ini? Secara tidak kita sedari, kita telah membataskan hiburan hanya kepada muzik, filem, TV dan yang seumpama dengannya atau dengan kata lain, bentuk-bentuk 'hiburan moden' yang dibawa dari negara barat yang kebanyakannya diterajui oleh orang-orang nasrani (kristian) dan yahudi. Kenapa ini boleh berlaku?

"Eh.. buat apa tengok drama tu. Tutup TV".
"Alah.. cerita biasa jer, bukan ada unsur-unsur lucah pon".
"Memang tiada unsur lucah namun nilai yang dibawa cerita tersebut tak elok".
"Apa yang tidak eloknya, cerita ni pasal anak derhaka. Kan bagus pengajarannya tu?".
"Betul, pengajarannya bagus tetapi caranya tidak bagus. Cuba tengok pakaian pelakon tu...".
"Alah, pakaian tu biasa la... Hehehee...".

Another dose of funny from facebook status messages. Click 'Read more>>' for more !


Rasanya dah lama saya tak berblog kerana kesibukan dan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, namun Alhamdulillah hari ini saya diizinkan Allah untuk kembali berblog. Sedar tak sedar, kita sekarang telah berada pada tahun baru 1432 Hijrah.

Bercakap tentang tahun baru, teringat saya peristiwa yang berlaku semalam. Ketika sedang menuju ke masjid untuk solat Maghrib, terkejut saya melihat kenderaan penuh di sekitar masjid. Ruang pakir sekitar masjid penuh hingga saya terpaksa meletakkan kenderaan di luar masjid, sedikit jauh dari masjid dan terpaksa berjalan kaki sedikit. Tak apa, apa salahnya bersusah sedikit untuk menjalankan perintah Allah.


Salam Aidiladha buat semua pengunjung. Kepada yang menunaikan ibadah haji tahun ini, didoakan agar mereka yang mendapat haji mabrur. Bagi yang belum berkesempatan, moga Allah memudahkan kita untuk menunaikan haji di tahun-tahun yang akan datang...

"Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (Al-Quran, Surah al-Haj Ayat 27).

Funny things happen everywhere, Facebook included ! Below is some of the funny facebook status messages that I *ehem* found on the internet. Click 'Read more>>' for more facebook fun !

Study smart


Takjub saya melihat gambar di atas. Gambar di atas di ambil (oleh Syaharim Abidin) di Kampung Padang Telok, Kedah baru-baru ini. Kita sedia maklum bahawa Kedah merupakan antara negeri yang teruk mengalami musibah banjir akibat peralihan angin monsoon barat daya ke timur laut. Sekali imbas, kita nampak penduduk kampung sedang berdoa di atas jalan sawah padi. Namun tahukah anda, penduduk di situ sebenarnya sedang mengadakan kenduri doa selamat sebagai tanda kesyukuran terselamat daripada banjir. Kampung mereka ditenggelami banjir dan mereka masih sempat mengingati Allah dan yang paling penting, rasa syukur mereka terhadap nikmat Allah SWT, diselamatkan dari bencana (dan jauh lebih baik daripada mereka yang hanya merungut kerana bantuan lewat sampai dan tak henti-henti menangis dan bersedih meratapi nasib malang yang menimpa mereka kerana kehilangan harta-benda). Moga Allah merahmati mereka dan semua mangsa banjir.

'Culture shock' saya bila balik kampung. Itu kata-kata yang terungkap bila melihat keadaan umat islam di kampung. Teringat kembali diwaktu mula-mula melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Masa itu memang 'culture shock' dengan cara hidup muda-mudi di bandaraya paling sibuk di Malaysia. Di masa itu, teringat kampung halaman yang sedikit sebanyak masih 'suci' dek cara hidup barat yang berleluasa. Tetapi itu dahulu, kini saya 'culture shock' bila pulang ke kampung. Nampaknya kampung dah tidak 'sesuci' dahulu.

Anda tentu pernah dengar tentang islamophobia, iaitu suatu fobia terhadap segala yang berkaitan dengan islam yang lazimnya dikaitakan dengan masyarakat bukan islam di barat. Namun tahukah anda bahawa sesetengah orang islam di Malaysia juga menghidapi islamophobia? .... dengan cara yang berbeza. Orang islam yang fobia dengan islam? Pelik tapi benar !

Takut kepada ceramah agama, takut kepada program yang berbentuk islamik, takut kepada masjid, takut dengan orang-orang tabligh dan sebagainya merupakan antara 'ketakutan' segelintir umat islam sekarang.

Pada Ramadhan dan awal Shawal yang lalu, saya berkesempatan untuk bersolat di beberapa buah masjid di seluruh Malaysia. Saya banyak 'travel' ke beberapa buah negeri untuk menyelesaikan beberapa tugasan. Saya sempat singgah di beberapa buah masjid di tempat-tempat yang saya kunjungi untuk bersolat. Secara keseluruhannya, saya agak 'takjub' dengan sikap yang ditonjolkan oleh jemaah beberapa masjid yang saya kunjungi. Berikut saya kongsikan pengalaman saya...

Setelah kira-kira sebulan berehat sempena bulan Ramadhan, Insya-Allah saya akan mula aktif dengan dengan blog saya ini tidak lama lagi. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan :


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin !

Selamat berpuasa kepada semua dari syedzai.blogspot.com !


Malam semalam (27 Julai 2010), telah berlangsungnya perasmian Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh saudara Tarmizi, salah seorang finalis Akademi Al-Quran 4. Beliau membacakan surah ali-Imran dengan cukup merdu dengan tarannum yang memukau penonton. Disertakan adalah video bacaan al-Quran beliau. Klik "Read more >>" untuk lihat/download video tersebut.

Anda kuat makan? Kalau anda betul kuat makan, tengok gambar-gambar ni dulu, lepas tu nilai balik sama ada anda betul-betul kuat makan ! Klik "Read more >>" untuk lebih banyak gambar.


Setiap dari kita melakukan dosa atau kesilapan, itu adalah suatu fakta yang tidak dapat disangkal. Namun begitu, ada diantara kita melakukan lebih banyak dosa berbanding yang lain. Ada yang mencuri, ada yang tidak. Ada yang merokok, ada yang tidak. Ada yang melakukan suatu dosa yang berat, dan ada juga mereka yang tidak melakukannya. Disebabkan terdapatnya perbezaan tahap perbuatan dosa tersebut, maka terdapatnya ruang dan peluang untuk mereka yang tidak melakukan dosa merasakan dirinya lebih baik (daripada mereka yang melakukan dosa). Ya, artikel saya kali ini bukanlah ditujukan kepada pendosa, sebaliknya golongan yang merasakan dirinya lebih baik dari yang lain.

Al-Hafiz Ibn Hajar menceritakan dalam kitab Fathul Bari bahawa Hafs bin Humaid pernah bertanya kepada Imam Ibn al-Mubarak, katanya "Aku melihat seseorang membunuh orang lain. Bolehkah aku berasa di dalam hati bahawa diriku lebih baik daripadanya?". Ibn al-Mubarak berkata, "Perasaan itu lebih berat daripada dosa orang itu".

Sejak akhir-akhir ni, nampaknya makin rancak orang membicarakan tentang Paul, si sotong kurita yang di dakwa boleh meramal pasukan yang menang dalam piala dunia, hinggakan di dalam facebook pun penuh video Paul diletakkan.

Jauh di sudut hati, sedih rasanya bila melihatkan fenomena ini berlaku. Yang menjadi punca kesedihan bukanlah kerana Paul bakal jadi sushi/sotong kering/takoyaki (akibat diancam oleh sesetengah kumpulan), sebaliknya, kerisauan ini bertunjangkan kepada suatu masalah yang lebih besar yang melanda masyarakat termasuklah umat islam, iaitu amalan bertilik nasib.

Bagi kebanyakan universiti awam di Malaysia, minggu ini merupakan antara minggu paling sibuk kerana minggu ini merupakan minggu kemasukan pelajar-pelajar baru. Pelajar-pelajar baru ini biasanya akan melangkah masuk ke IPT dengan penuh bersemangat.

Setiap pelajar hadir membawa harapan besar untuk menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya, mereka perlu tahu adab-adab atau cara untuk menjadi pelajar yang baik.

Berikut adalah suatu senarai semak tentang perkara-perkara yang patut diamalkan selagi seorang itu bergelar pelajar:

Saban hari, televisyen di negara kita memaparkan pelbagai jenis cerita. Terdapat drama dan filem tempatan, drama dan filem dari Hollywood, Bollywood, Korea, Jepun, Taiwan, China, Filipina, Indonesia dan sebagainya. Pendek kata, macam-macam ada ! Tidak cukup dengan itu, kewujudan internet juga memudahkan sebahagian daripada kita untuk memuat turun (download) cerita-cerita ini terus ke dalam komputer bagi tontonan di masa lapang (atau bagi sesetengahnya, untuk tontonan sepanjang masa). Tidak lupa juga kepada peranan yang dimainkan oleh kedai-kedai penjual CD/DVD/Blue-ray sama ada secara haram atau berlesen yang turut menyumbang kepada akses terhadap cerita-cerita tersebut.

Berikut adalah koleksi papan iklan yang mana iklannya, lain daripada kebiasaan. Apa yang lainnya? .. tengoklah sendiri. Klik "Read more >>" untuk lihat lebih banyak iklan.


Malaysia akan dapat melihat fenomena gerhana matahari sebanyak 4 kali dalam tempoh 15 tahun (akan datang) menurut Goddard Space Flight Center (GSFC), NASA.

Gerhana matahari tersebut dijangka berlaku pada:
- 9 Mac 2016
- 26 Disember 2019
- 21 Jun 2020
- 20 April 2023

Klik "Read more >>" untuk lebih info dan animasi pergerakan kawasan gelap (bayang-bayang) bulan pada bumi bagi keempat-empat tarikh di atas.


A funny ad that encourages people to learn english language !
Click "Read more >>" for video and full dialogue...

Seringkali kita mendengar keluhan sesetengah orang yang mengatakan bahawa dia telah sekian lama berdoa namun tidak dikabulkan. Tahukan anda bahawa perbuatan sebegini sebenarnya adalah antara punca sesuatu doa itu tidak dikabulkan?

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa (maksudnya) :

Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang hamba tentu akan dimakbulkan selama mana dia tidak berdoa yang isinya mengandungi dosa, untuk maksud memutuskan silaturrahim, atau minta segera dikabulkan". Ada seorang yang bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana yang dimaksudkan dengan meminta untuk segera dikabulkan?". Baginda menjawab, "Seseorang berkata, 'Sesungguhnya aku sudah berdoa dan berdoa, namun sehingga saat ini aku belum melihat doaku dikabulkan', sehingga saat itu juga dia merasa penat berdoa dan tidak mahu lagi berdoa".   (Hadis riwayat Muslim) 

Below is a list of ten of the richest people in Malaysia according to Forbes.


#1 Robert Kuok

Net Worth $12 billion
Age 86
Marital Status Married, 8 children
Source diversified

Biggest dollar gainer, up $3 billion. Stock of most valuable holding, palm oil outfit Wilmar International, run by nephew, rose 46% in past year but dropped more than 10% in the days after net worths were locked in, following allegations in the media that Indonesian subsidiaries were being scrutinized for obtaining fraudulent tax refunds. The company said it was confident that there is no case. Kuok recently sold several assets including sugar businesses, stake in Jerneh Insurance, prime land in Kuala Lumpur. Reportedly spends most of his time in Hong Kong.



The face of the earth is beleaguered with giant scars, scoured out in our ongoing bid to the plunder the planet of its natural resources. Below is 10 of the holes most needing a bit of environmental ointment – where rehabilitation of the land could take some time.

Click "Read more>>" to see all 10, and click on the pictures to see a larger version of it.

 

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahawasanya dia pernah mendengar Nabi SAW bersabda (maksudnya):

Jika seseorang daripada kamu memperoleh mimpi yang menyenangkan, bererti mimpi itu datang daripada Allah. Oleh itu, hendaklah dia memuji Allah dan menceritakan mimpinya kepada orang lain (dalam riwayat lain disebutkan: 'Janganlah dia menceritakannya kecuali kepada orang yang disayangi.').
Jika dia mendapat mimpi yang tidak disenanginya, bererti mimpi itu berasal daripada syaitan; Oleh itu hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada gangguannya serta tidak menceritakannya kepada sesiapa pun, agar mimpi tersebut tidak menimbulkan pengaruh buruk.   (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil daripada media Turki tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam kapal Mavi Marmara. Apa yang kelihatan ialah gambar-gambar askar israel yang ketakutan selepas senjata mereka dirampas. Ini jelas menunjukkan bahawa askar Israel sebenarnya tiada semangat juang yang sebenar dan hanya bergantung kepada kecanggihan senjata.

Kelihatan juga beberapa askar Israel yang dirawat oleh sukarelawan. Klik "Read More>>" untuk lebih banyak gambar.

“We are 30 meters deep, fresh water, then 60 meters deep – salty water and under me I see a river, island and fallen leaves… Actually, the river, which you can see, is a layer of hydrogen sulphide !”, says Anatoly Beloshchin, a professional photographer who photograped these images when he was diving near Cenote Angelita cave in Mexico.

Click "Read more >>" to see pictures of the underwater river. Click on the image to enlarge it.

Al-Bukari meriwayatkan daripada Abu Musa r.a., bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):

Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir bagaikan orang hidup dan mati.   (Hadis riwayat al-Bukhari)



Alhamdulillah, syukur dan gembira saya melihat anak-anak muda sibuk dalam mempelajari ilmu agama di masjid. Mereka kelihatan cukup bersemangat untuk belajar dan mendalami ilmu. Berlinang air mata apabila diceritakan azab di neraka bagi mereka yang banyak dosanya. Pada masa yang sama juga, timbul kerisauan di hati saya. Kerisauan saya berpunca daripada cabaran hidup sekarang yang cukup mencabar.

Teringat saya kepada beberapa kawan saya yang dahulunya selalu berkopiah dan terkenal dengan jolokan 'kaki masjid'. Itu di zaman belajar dahulu, ketika kami masih muda dan masing-masing berada di dalam persekitaran yang terkawal. Namun sekarang, semua telah berubah.

Masa kecik-kecik dulu, selalu keluar kat TV cerita-cerita kartun teladan terbitan Filem Negara Malaysia. Kisah macam Sang kancil dan Monyet, Gagak yang bijak, Arnab yang sombong dan sebagainya sering keluar kat TV. Bagi yang nak mengimbau kembali nostalgia silam atau nak tengok balik cerita-cerita tersebut, berikut disertakan video bagi kisah-kisah tersebut. Klik "Read more >>" untuk lihat video.

Katakanlah (Wahai Muhammad), "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berkumpul dengan tujuan untuk membuat dan mendatangkan yang serupa dengan Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi yang lain".   (Al-Quran, al-Isra' 17:88)



Cloud is a visible mass of little drops of water or frozen crystals suspended in the atmosphere above the surface of the earth. One of the most unique looking clouds are the Morning Glory. The Morning Glory cloud is a rare meteorological phenomenon observed in Northern Australia's Gulf of Carpentaria. A Morning Glory cloud is a roll cloud that can be up to 1000 kilometres long, 1 to 2 kilometres high, and can move at speeds up to 60 kilometres per hour.

Cute lovely food? Naah, we're the baddest most brutal "kamikaze" food. Blink and we'll be gone !
 More pictures after the jump...



Kalau kita tengok betul-betul, nampak macam impossible tapi kambing ni senang jer panjat. Itulah kelebihan yang Allah bagi pada kambing gurun, tak rasa gerun untuk panjat cerun yang curam. Klik "Read more >>" untuk lihat lebih banyak gambar.




1 Jun 2010 - Ribut Tropika Agatha yang melanda Guatemala semalam telah meninggalkan suatu lubang besar (sinkhole) di kawasan terbabit. Lubang tersebut dipercayai telah 'menelan' sebuah rumah 3 tingkat menyebabkan penghuni rumah tersebut turut tenggelam bersama. Kejadian serupa juga pernah berlaku (juga di Guatemala) pada 23 Februari 2007. Klik "Read more >>" untuk lihat lebih banyak gambar.


Israeli commandos armed with guns attacked the lead ship of a flotilla of aid-carrying vessels bound for Gaza on Monday, leaving several of the pro-Palestinian activists on board dead and many more injured. The Freedom Flotilla, a convoy of six ships carrying hundreds of activists, political leaders and journalists from around the world, was trying to deliver about 10,000 tonnes of basic aid including food, medicines, and construction material, in an attempt to break the Israeli blockade on Gaza. [source: Al-Jazeera]

Click "Read more >>" to see video footage of the attack and response from the Arab world.

Cats are cute. Fullstop. Proof ? See attached pictures. Click "Read more >>" for more cuteness...



Poster di atas merupakan salah satu poster yang diletakkan pada 30 buah bas Miami Dade Transit di sekitar New York. Poster berkenaan adalah sebahagian daripada kempen SIOA atau Stop Islamization of America anjuran Pamela Geller dan Robert Spencer. Iklan ini pada mulanya diletakkan pada 10 buah bas di South Florida namun ditarik semula disebabkan bantahan oleh CAIR (Council on American-Islamic Relations). Namun, setelah pihak SIOA membawa isu ini ke mahkamah, iklan ini dikeluarkan semula dan jumlah iklan ditambah kepada 30 buah bas seperti yang ada sekarang [1].

Umum mengetahui solat merupakan tiang agama. Bagi lelaki muslim, solat secara berjemaah sangatlah dituntut. Nabi sendiri pernah bersabda di dalam suatu hadis bahawa solat secara berjemaah lebih utama berbanding solat secara bersendirian dengan perbezaan sebanyak 27 darjat.

Namun begitu, ramai lelaki muslim di luar sana yang rasanya mengambil mudah akan tuntutan solat secara berjemaah ini. Buktinya, masjid lengang pada hari-hari biasa (terutamanya waktu subuh) dan hanya penuh ketika solat jumaat atau solat hari raya.

Berikut adalah koleksi gambar menarik tentang solat. Klik "Read more >>" untuk lihat lebih banyak gambar.


Pernahkah anda terlupa akan sesuatu dan sebaik sahaja anda mula solat, perkara tersebut terlintas di kotak minda ada? Ketika sedang solat, banyak perkara mula terlintas di fikiran. Dimana barang yang hilang tadi? Dah siap kerja atau belum? Nak makan apa selepas ini? Dan pelbagai lagi perkara-perkara lain yang kadangkala sangat remeh terlintas di fikiran kita sebaik sahaja kita mula solat.

Pernahkah anda terfikir kenapa hanya dalam solat, perkara sebegini berlaku?

Berikut adalah dua gambar yang menjadi bukti nyata bahawa sesungguhnya Allah adalah tuhan semesta alam. Gambar pertama adalah gambar sebuah Masjid di Turki manakala gambar kedua merupakan sebuah Masjid di Aceh, Indonesia. Apa yang menarik tentang kedua-dua gambar ini ialah kedua-dua masjid kekal kukuh dengan Izin Allah selepas berlakunya bencana. Klik "Read more >>" untuk lihat gambar.

This is a video of San Juan De La Vega carnival in Mexico. The people there celebrate the festival by fixing explosives to a sledgehammer and smashing it to the ground. A must see video but please do not try this at home. Click "Read more >>" to see the video.

Tidak dinafikan, setiap yang bergelar manusia pasti pernah melakukan kesilapan. Adalah menjadi tugas kita supaya selalu memohon keampunan daripada Allah SWT dan digalakkan kita untuk beristighfar. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, dikatakan bahawa sekiranya manusia tidak melakukan dosa, maka Allah akan menggantikan manusia dengan kaum yang lain yang berbuat dosa, lalu beristighfar kepada Allah dan Allah pun mengampuni dosa mereka.

The 'foods' has return, this time even cuter, lovelier and more difficult to resist. More pictures after the jump...


Alhamdulillah... rakyat Malaysia sekarang hidup dalam keadaan aman. Jika kita lihat jiran kita di utara, suasananya sudah mirip kepada perang saudara. Kejadian pertempuran antara pihak tentera dan puak penyokong kumpulan baju merah yang berlaku di Bangkok sudah meragut banyak nyawa. Kita di Malaysia perlu mengambil iktibar akan kejadian tersebut agar kejadian seumpama itu tidak berlaku di negara ini kerana kesannya amat buruk.

Walaupun negara kita sekarang nampaknya aman dari segi perang fizikal, sebenarnya kita sekarang sedang diserang hebat oleh anasir-anasir yang boleh meruntuhkan tamadun negara. Serangan yang berlaku bukanlah melalui bom dan peluru. Yang dikorbankan bukanlah nyawa. Namun, perang ini sebenarnya lebih berbahaya daripada perang fizikal.

Ahh.. Facebook. Penghubung teman lama. Penjalin hubungan baru. Suatu aplikasi web yang menjadi sebutan ramai. Bagi mereka yang mempunyai akaun Facebook, tidak lengkap rasanya sesuatu hari tanpa login sekurang-kurangnya sekali ke dalam Facebook. Pelbagai maklumat boleh dikongsikan sama ada dengan rakan, kawan kepada rakan ataupun dengan masyarakat umum.

Pelbagai jenis maklumat boleh dikongsikan melalui Facebook. Gambar, video, teks mahupun link ke website lain boleh dikongsikan dengan rakan-rakan dengan cukup mudah. Seseorang juga boleh mewujudkan 'fan site' atau 'hate site' untuk pelbagai tujuan (ataupun tanpa sebarang tujuan). Kesemua ini memang menyeronokkan tapi awas, terdapat bahaya yang menanti bagi mereka yang tidak berhati-hati.

This is what will happen when art meets vandals. This may look funny but please don't try these (or anything similar) at home, your workplace or anywhere. More picture after the jump...


Nama "Kaabah" berasal dari perkataan arab "muka'ab" yang bermaksud "kiub". Berikut adalah gambar Kaabah ketika kawasan tersebut dilanda banjir. Klik "Read more >>" untuk lihat lebih banyak gambar. Klik pada gambar untuk membesarkannya.



Musim bola sudah tiba.... Bagi mereka yang masih tidak tahu, tahun ini Piala Dunia akan berlangsung di Afrika Selatan dan "Jabulani" telah dipilih sebagai bola rasmi kejohanan (gambar di atas). "Jabulani" merupakan suatu perkataan dalam bahasa isiZulu yang bermaksud "meraikan" (to celebrate).

Ingin tahu bagaimana "Jabulani" di hasilkan ? Klik "Read more >>" untuk lihat video.

Baru tadi aku selesai suatu mesyuarat peringkat jabatan. Antara hal yang dibincangkan ialah pencapaian student yang lemah dalam sesuatu subjek. Perbincangan ala-ala post-mortem itu akhirnya berjaya merumuskan punca masalah kemerosotan keputusan pelajar-pelajar tersebut.

Begini ceritanya, perbincangan tadi melibatkan beberapa subjek yang di ajar di jabatan kami. Keputusan pelajar didapati agak teruk dengan majoriti mendapat gred C. Ini suatu perkara yang membimbangkan. Beberapa pensyarah yang berkenaan telah tampil memberikan penjelasannya.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Site stats




Blog Archive