'Culture shock' saya bila balik kampung. Itu kata-kata yang terungkap bila melihat keadaan umat islam di kampung. Teringat kembali diwaktu mula-mula melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Masa itu memang 'culture shock' dengan cara hidup muda-mudi di bandaraya paling sibuk di Malaysia. Di masa itu, teringat kampung halaman yang sedikit sebanyak masih 'suci' dek cara hidup barat yang berleluasa. Tetapi itu dahulu, kini saya 'culture shock' bila pulang ke kampung. Nampaknya kampung dah tidak 'sesuci' dahulu.
Sedih saya melihatkan generasi muda sekarang yang semakin 'western' atau lebih tepat lagi, meniru cara hidup golongan yahudi dan nasrani. Cara berpakaian yang semakin mendedahkan aurat dan pergaulan bebas, bertepuk-tampar dan berkepit sesama pasangan yang bukan mahram sudah semakin menjadi kebiasaan dikalangan anak muda sekarang. Tidak sukar untuk melihat semua ini, siggah sahaja di mana-mana pusat membeli belah dan anda akan 'dihidangkan' dengan ratusan remaja islam yang kehilangan identiti. Persoalannya, kenapa ini boleh berlaku dikalangan remaja islam di Malaysia dikala ramai orang bukan islam di barat, yang sememangnya hidup dengan budaya tersebut, memilih untuk memeluk islam?
Jawapannya mudah, mereka di barat yang memeluk islam, mereka belajar tentang islam, faham akan islam dan nampak akan kebenarannya manakala umat islam di sini, tidak tahu secara mendalam tentang islam, keliru tentang islam, tidak berusaha untuk faham dan mendalami islam, lalai dengan hiburan, dan gagal untuk menghayati serta mengamalkan cara islam islam yang sebenar.
Berikut adalah suatu petikan kisah yang saya dapati daripada Dr.Radzi’s Weblog:
Ah Seng : Eiy Mat, gua nak tanya samting la. Apsal mak bapak lu bagi nama Mat arr? (sambil membuat muka takde perasaan)
Mat : Oi, mak bapak aku bagi nama Muhammad la… Mat tu nama manje je…(tersengih-sengih menampakkan gigi kuning akibat merokok)
Ah Seng : Ooo…apsal tak panggil lu pakai nama Muhammad ? tu kan lu punye nabi ? tak bangga ke, the most influencial man in the history of mankind. Gua penah baca ada satu buku tulis pasal itu Muhammad.
Mat : Haha…pandai kau ek? Kau nak masuk islam ke baca-baca buku pasal Muhammad ni? Apsal tak baca quran skali terus? Hahaha…
(Mat bangun lantas mengambil beg galasnya bersedia untuk berjalan pulang)
Ah Seng : (Bangun dan mengikuti Mat dari belakang.) Apsal lu gelak bai? Gua suka baca buku, sukati gua la….Lu tak jawab soklan gua lagi. Apsal takde orang panggil lu Muhammad, and apsal lu gelak kalau gua baca quran? Tu kan buku jugak? Jangan risau, GUA TAKKAN MASUK ISLAMLA TENGOK PERANGAI LU NI…by the way, lu Islam ke? Haha…
Mat: Cakap biar berlapik brother, lu nak makan penumbuk gua ke….aku dah lama tak belasah orang ni…Aku tak nak dipanggil Muhammad sebab aku tak nak memburukkan nama nabi aku semata-mata perangai aku…tapi aku Islam dowh…
Ah Seng : Lu Islam macam mana? Orang azan lu lepak je? Lu usha cd blue kat rumah gua selambe je? Lu crita lu ringan-ringan dengan lu punye awek selambe je?
Mat : Ai cina todi ni banyak pulak soal dia, aku sepuk jugak mamat ni karang… Tak kisahla aku buat apa pon, yang penting aku Islam. KO APA TAU ? MATI NANTI MASUK NERAKA JUGAK !!! KAPIR!!!!
(Mat berlalu meninggalkan Ah Seng sambil menahan marah yang membuak-buak apabila dikatakan tidak mengikut ajaran Islam dan mencontohi sikap nabi….)
---
Si Mat mungkin boleh tengking Ah Seng namun dengan kelakuan mat sekarang, bolehkah dia dibanggakan sebagai seorang remaja islam ???
Walaupun petikan di atas mungkin suatu cerita namun, itulah realitinya sekarang. Islam hanya pada nama.... tidak dihayati dan diamalkan.
Adakah anda islam?
Sharing is caring, share this page with your friends: Share
1 comments:
Selaku penganut Islam, kita perlu sedar bahawa semua nilai dan peraturan hidup mestilah diasaskan kepada nilai akhlak dituntut oleh agama, budaya dan adat bangsa kita. Betapa pentingnya akhlak dalam kehidupan kita dapat dimengertikan melalui doa Baginda Raulullah SAW yang bermaksud, “Ya Allah, jadikanlah pada akhlakku mulia sebagaimana Engkau menjadikan jasadku baik.” (Hadis riwayat Ahmad)
Apabila melihat aib orang lain, berusaha membantu diri sendiri kemudian orang lain ke arah kebaikan. Langkah pertama ialah pastikan diri kita sudah berada di jalan yang benar, lurus dan diredai Allah kemudian barulah kita boleh menuntun tangan saudara kita ke sana.
Apa yang disampaikan mestilah diamalkan terlebih dulu. Lidah, hati dan amal perbuatan mesti selari, sehati dan sejiwa langsung tiada unsur munafik. Prinsip amar makruf nahi munkar yang betul ialah buat dulu kemudian suruh orang lain.
Post a Comment