Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahawasanya dia pernah mendengar Nabi SAW bersabda (maksudnya):
Jika seseorang daripada kamu memperoleh mimpi yang menyenangkan, bererti mimpi itu datang daripada Allah. Oleh itu, hendaklah dia memuji Allah dan menceritakan mimpinya kepada orang lain (dalam riwayat lain disebutkan: 'Janganlah dia menceritakannya kecuali kepada orang yang disayangi.').
Jika dia mendapat mimpi yang tidak disenanginya, bererti mimpi itu berasal daripada syaitan; Oleh itu hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah daripada gangguannya serta tidak menceritakannya kepada sesiapa pun, agar mimpi tersebut tidak menimbulkan pengaruh buruk. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sharing is caring, share this page with your friends: Share
0 comments:
Post a Comment