My view of the world

Islam, Iman, Ihsan...

Umum mengetahui solat merupakan tiang agama. Bagi lelaki muslim, solat secara berjemaah sangatlah dituntut. Nabi sendiri pernah bersabda di dalam suatu hadis bahawa solat secara berjemaah lebih utama berbanding solat secara bersendirian dengan perbezaan sebanyak 27 darjat.

Namun begitu, ramai lelaki muslim di luar sana yang rasanya mengambil mudah akan tuntutan solat secara berjemaah ini. Buktinya, masjid lengang pada hari-hari biasa (terutamanya waktu subuh) dan hanya penuh ketika solat jumaat atau solat hari raya.


Alangkah ruginya orang yang tidak solat secara berjemaah kerana banyak sekali kelebihan solat secara berjemaah yang diriwayatkan dalam hadis-hadis. Salah saut hadis yang menceritakan fadhilat solat berjemaah ialah daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :

Solat seorang yang dikerjakan secara berjemaah pahalanya melbihi solat yang dikerjakan secara bersendirian di rumah atau di pasar dengan perbezaan pahala sebanyak 25 darjat. Yang demikian itu boleh diraih jika dia berwuduk dengan sempurna, lalu keluar menuju masjid yang tujuannya hanya untuk mengerjakan solat. Tidaklah dia melangkah kakinya (ketika menuju ke masjid) melainkan darjatnya akan ditingkatkan dan dosanya akan diampunkan. Jika dia telah mengerjakan solat, para malaikat akan tetap berselawat kepadanya selama mana dia masih berada di tempat solatnya dan belum berhadas. Para malaikat berucap, "Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan keampunanmu kepadanya. Ya Allah, kasihilah dia". Dan dia akan dianggap mengerjakan solat selama dia menunggu untuk mengerjakan solat.   (Hadis riwayat al-Bukhari).

Rasulullah sangat menekankan solat secara berjemaah. Pernah datang seorang lelaki buta kepada Nabi SAW meminta keringanan untuk solat dirumah. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi, Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya, "Adakah engkau mendengar laungan azan ?". Lelaki itu menjawab, "Ya". Nabi kemudiannya bersabda, "Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah)".


Kalau lelaki buta pun Rasulullah SAW menganjurkan supaya bersolat secara berjemaah, inikan pula kita yang celik matanya dan mendengar azan hampir setiap hari. Kekerasan Rasullulah SAW dalam bab solat secara berjemaah ini juga dapat dilihat di dalam suatu hadis daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):

Demi tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka.    (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW yang terkenal dengan sifat penyayang dan pentingkan umatnya, pernah terlintas untuk membakar rumah mereka yang tidak solat secara berjemaah. Bayangkahlah betapa pentingnya solat secara berjemaah sehingga Nabi SAW sanggup untuk berfikir sedemikian rupa.

Oleh itu, sedarlah wahai sekalian lelaki muslim. Penuhkanlah masjid untuk solat secara berjemaah. Tidak rugi kalau kita berjalan, menaiki motosikal atau kereta untuk ke masjid. Luangkanlah sedikit masa (dalam 10-15 minit) untuk solat di masjid. Insya-Allah, segala usaha kita untuk solat secara berjemaah akan dibalas sebaiknya dengan ganajaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

Sharing is caring, share this page with your friends: Share

9 comments:

salam, mohon share di blog saya ceyhan49.blogspot.com

jazakallah!

Salam tuan,

Mohon share di blog saya..saya akan sertakan sumbernya dari blog tuan..
shafizam.blogspot.com

salam..mohon untuk share mana2 artikal yg bermanfaat dlm entry ini

Salam, mohon share beserta sumber blog tuan

Wah meski sejak kecil saya menjadi muslim secara tradisi, tapi baru tahu ada hadis ini!
Ternyata rasulullah tega juga ya berniat membakar rumah orang yang tidak sholat subuh?
Meskipun itu mungkin baru ancaman saja, tapi kok begitu ya kerasnya beliau yang konon berhati lembut itu? Kenapa tidak cukup mengimingi dengan manfaat pahalanya saja? Jadi kesimpulan saya, taatnya umat itu kok bukan karena kesadaran tapi karena takut dihukum! Tapi itu mungkin memang cocok diterapkan di masayarakat Arab di jaman itu ya? Di mana mungkin orang arab masih susah diatur disiplin? Allah a'lam.

Rasulullah saw tidak pernah tinggal solat berjemaah, bagaimana hadis ini mengatakan Rasulullah tinggal solat berjemaah kerana pergi membakar rumah... yg mana satu sahih..

Demi tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh. "Pernah hendak". Baginda hanya terlintas difikiran,tetapi tidak meninggalkannya.

Hadis ini ada bermacam versi. Ada kata nabi terus perintah bakar rumah orang tak solat berjemaah. Yang mana satu betul. Kena tengok terjemahan ikut English

Terjemahan Hadis mengelirukan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Site stats