Poster di atas merupakan salah satu poster yang diletakkan pada 30 buah bas Miami Dade Transit di sekitar New York. Poster berkenaan adalah sebahagian daripada kempen SIOA atau Stop Islamization of America anjuran Pamela Geller dan Robert Spencer. Iklan ini pada mulanya diletakkan pada 10 buah bas di South Florida namun ditarik semula disebabkan bantahan oleh CAIR (Council on American-Islamic Relations). Namun, setelah pihak SIOA membawa isu ini ke mahkamah, iklan ini dikeluarkan semula dan jumlah iklan ditambah kepada 30 buah bas seperti yang ada sekarang [1].
SIOA memang terkenal dengan semangat "Anti-Islam" mereka. Merekalah yang menganjurkan program "Everyone Draw Muhammad Day" dimana orang ramai diseru untuk melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dan memuat naik karikatur masing-masing di laman Facebook mereka (http://www.facebook.com/group.php?gid=110841015612178) [2]. Anehnya, laman Facebook ini masih kekal sehingga ke hari ini (28 May 2010) walaupun ia jelas menghina agama Islam. Inilah punca kepada pengharaman (Ban) Facebook oleh kerajaan Pakistan.
Tidak sukar untuk mengagak kenapa Facebook tidak menutup site itu kerana Facebook sendiri menjana keuntungan melalui pengiklanan. Isu-isu sensitif sebegini akan menyebabkan trafik ke laman sosial itu meningkat kerana wujud laman lain di Facebook yang akan membantah program tersebut (http://www.facebook.com/group.php?gid=120989617916358). Ini akan menyebabkan berlakunya perlumbaan antara dua (atau lebih) group yang akhirnya menguntungkan Facebook sendiri.
Mereka jugalah yang menentang pembinaan Masjid berdekatan dengan tapak kejadian serangan 11 September (911) dengan melancarkan petisyen di laman web (http://sioaonline.com/?p=336) dan bercadang mengadakan perhimpunan pada 6 June 2010 jam 12 tengahari di 'Ground Zero' (tapak runtuhan 911) [3] bagi menyuarakan bantahan mereka.
Cara mereka melaksanakan kempen cukup bijak, iaitu dengan memainkan isu islam sebagai pengganas. Mereka juga mengaitkan perkara murtad (keluar islam) sebagai kebebasan kerana kononnya islam mengongkong kebebasan dan menindas [4]. Oleh itu, mereka tidak dipandang sebagai ektremis agama, sebaliknya sebagai 'penyelamat' kerana cuba menyelamatkan orang islam (supaya keluar agama) dan menyampaikan mesej 'sebenar' tentang islam (kononnya agama pengganas).
Apa yang menarik tentang isu di atas adalah usaha mereka dijalankan hasil kutipan wang melalui blog Pamela Geller sendiri dan juga laman web berkaitan seperti FDI (Freedom Defence Initiative), yang juga merupakan sebuah organisasi yang diterajui Pamela Geller, serta SIOA. Mereka menjana sendiri kewangan mereka bagi membantu usaha bagi memburukkan imej islam.
Sedang umat islam di Amerika (dan di beberapa tempat di dunia ini) diserang dengan perang memburukkan imej islam, umat islam di sini masih leka dan alpa dibuai mimpi. Tidak dinafikan, serangan terhadap islam di Malaysia sudah dijalankan sejak sekian lama (sejak zaman penjajah lagi) namun apa yang menyedihkan ialah keadaan umat islam di Malaysia sekarang yang nampaknya semakin mundur walaupun sudah merdeka lebih 50 tahun. Kes buang bayi berleluasa, pesta seks (sejenis dan berlainan jantina), dadah, dan pelbagai lagi gejala buruk yang terpapar di media, hampir semuanya melibatkan orang islam.
Sekarang ini bukan lagi masa untuk saling menyalahkan, sebaliknya semua perlu memainkan peranan masing-masing. Keadaan di Malaysia ibarat rumah yang sedang terbakar (akibat dibakar orang). Yang penting ialah masing-masing cuba memadamkan kebakaran secepat mungkin, bukannya masing-masing sibuk mencari pesalah yang membakar rumah kerana api sedang marak. Kalau asyik sibuk mencari pesalah, habislah rumah terbakar dan hilanglah tempat berteduh.
Rujukan :
[1] - SIOA LEGAL VICTORY! BIG WIN FOR FREE SPEECH! HUGE CAIR DEFEAT! LET’S ROLL! MIAMI BUS ADS ROLL OUT IN BIGGER NUMBERS THAN BEFORE. 21 April 2010. http://sioaonline.com/?p=93
[2] - May 20th: Everyone Draw Muhammad Day and Upload to SIOA Facebook Page. 26 April 2010. http://sioaonline.com/?p=104
[3] - STEAL THIS FLYER. 18 Mei 2010. http://sioaonline.com/?p=336
[4] - Refuge From Islam. http://freedomdefense.typepad.com/leave-islam/
Sharing is caring, share this page with your friends: Share
1 comments:
Assalam...Tuan ada facebook? Saya berminat untuk mendapat info info bermanafaat dari blog ini untuk tujuan iktibar, pengajaran, keinsafan dan ilmu..Terima kasih.
Post a Comment