Malaysia akan dapat melihat fenomena gerhana matahari sebanyak 4 kali dalam tempoh 15 tahun (akan datang) menurut Goddard Space Flight Center (GSFC), NASA.
Gerhana matahari tersebut dijangka berlaku pada:
- 9 Mac 2016
- 26 Disember 2019
- 21 Jun 2020
- 20 April 2023
Klik "Read more >>" untuk lebih info dan animasi pergerakan kawasan gelap (bayang-bayang) bulan pada bumi bagi keempat-empat tarikh di atas.
Daripada kesemua tarikh diatas, tarikh 26 Disember 2019 (Khamis) mungkin paling menarik kerana gerhana matahari yang dijangka berlaku pada tarikh tersebut bakal menggelapkan Singapura dan kawasan selatan negeri Johor (termasuk Johor Bahru). Tarikh tersebut juga merupakan ulang tahun ke-15 tsunami yang melanda Sumatra.
Berikut adalah simulasi pergerakan bulan (titik hitam) dan kawasan yang terlibat dengan gerhana matahari.
9 Mac 2016
26 Disember 2019
21 Jun 2020
20 April 2023
Sumber:
- http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_March_9,_2016
- http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_December_26,_2019
- http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_June_21,_2020
- http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_April_20,_2023
Sharing is caring, share this page with your friends: Share
1 comments:
YAHOO! Malaysia dapat gerhana matahari annular pada tahun 2019!!!
Post a Comment