My view of the world

Islam, Iman, Ihsan...

Sejak akhir-akhir ni, nampaknya makin rancak orang membicarakan tentang Paul, si sotong kurita yang di dakwa boleh meramal pasukan yang menang dalam piala dunia, hinggakan di dalam facebook pun penuh video Paul diletakkan.

Jauh di sudut hati, sedih rasanya bila melihatkan fenomena ini berlaku. Yang menjadi punca kesedihan bukanlah kerana Paul bakal jadi sushi/sotong kering/takoyaki (akibat diancam oleh sesetengah kumpulan), sebaliknya, kerisauan ini bertunjangkan kepada suatu masalah yang lebih besar yang melanda masyarakat termasuklah umat islam, iaitu amalan bertilik nasib.

Apabila difikirkan, masalah ramalan ini sebenarnya meliputi ruang lingkup yang lebih besar dari skop yang hangat diperkatakan sekarang (ramalan perlawanan piala dunia). Antaranya:

1. Ramalan sikap/perwatakan melalui horoskop, tarikh lahir, kedudukan tahi lalat, dan sebagainya.
2. Ramalan jodoh/keserasian/pasangan kekasih atau suami/isteri melalui aplikasi tertentu seperti aplikasi 'nujum' facebook, perkhidmatan ramalan SMS, dan lain-lain
3. Ramalan anak melalui horoskop/tarikh lahir suami/isteri.

Kalau nak diikutkan, sebenarnya terdapat banyak lagi ramalan di muka bumi ini. Dalam islam, hukum percaya kepada ramalan/tilikan adalah HARAM kerana ia sejenis perbuatan syirik. Bagi yang masih tidak tahu, dosa syirik adalah dosa yang PALING BESAR DI ATAS MUKA BUMI INI !

Mungkin ada yang berkata, "Kami tak percaya, cuma main-main la... untuk suka-suka jer !". Bersuka-suka dalam hal perbuatan yang berkaitan dengan dosa PALING BESAR di muka bumi... Anda memang berani !

Ramai yang sama ada secara sedar atau tidak, terlibat di dalam hal ini. Sebagai contoh, dengan hanya meletakan aplikasi horoskop/jodoh/keserasian/dsb di dalam blog/facebook, anda sebenarnya secara tidak langsung telah terlibat dengan perbuatan ini. Anda mungkin letak untuk suka-suka, namun awas, jika terdetik di hati anda tetang kebenaran ramalan/tilikan tersebut, anda telah berdosa dan amal ibadat anda tidak akan diterima Allah selama 40 hari. Itu baru sekali percaya, kalau anda memang yakin pada tilikan/ramalan tersebut, maka anda telah secara rasminya terjebak di dalam perbuatan syirik !

OK lah.. kalaupun anda langsung tidak percaya, ramalan yang anda letakkan pada blog/facebook/dsb mungkin dipercayai oleh mereka yang melawat facebook/blog/dsb anda. Dalam kes ini, anda telah menjadi penyebar perkara yang berkaitan dengan syirik, dan sekaligus, mendapat saham dosa bagi setiap yang mempercayainya. Dalam islam, adalah berdosa dan haram untuk membantu di dalam penyebaran perkara-perkara dosa, walaupun anda tidak melakukannya.

Jangan sesekali anda beranggapan bahawa dosa merupakan suatu perkara kecil. Jika di dalam hati anda tiada rasa takut akan perkara dosa maka itu tanda iman anda bermasalah. Jika iman anda berasalah, anda juga akan bermasalah untuk memasuki syurga Allah kelak dan mungkin terpaksa meringkuk di dalam neraka Allah buat selama-lamanya !

Oleh itu, bertaubatlah dan segera tinggalkan akan perbuatan ramalan/tilikan (bagi mereka yang telibat). Tegurlah rakan/kawan/jiran jika mereka terlibat. Hindarilah perkara ini, kerana walaupun ia nampak remeh, natihjahnya tersangatlah besar dan merugikan.

Sharing is caring, share this page with your friends: Share

11 comments:

salam

anda melihat perkara ini dalam perspektif yang negatif. dan sekiranya kita melihatnya dalam perspektif yang positif, kita akan dapat melihat betapa hebat kuasaNya, semua yang berlaku ini atas ketentuanNya, dan Dia juga yang berkuasa dalam menentukan ramalan si sotong ini tepat belaka.

kini terpulang pada kita, manusia yang dilantik menjadi Khalifah di muka bumi ini, melihat dan memikir sama ada mahu mempercayainya atau tidak atau mahu melihatnya sebagai syirik, tahyul, atau apa jua perkataan yang sesuai dijadikan rujukan. bagi saya, saya melihatnya sebagai satu kekuasaanNya, kiranya Dia mahu menjadikan ramalan sotong ini benar, maka jadilah.. dan dari situ akan timbul keinsafan betapa hebatNya kuasaNya...

tanpa sotong ni pun manusia akan terus melakukan kemungkaran, berjudi tetap menjadi perkara harian...

Saudara/i 'Anonymous' diatas yang dikasihi,

Pertama sekali, terima kasih kerana memberikan komen. Benar, setiap yang berlaku itu adalah bukti kekuasaan-Nya. Manusia dilantik sebagai khalifah di muka bumi untuk mentadbir alam sesuai dengan perintah Allah. Kita wajib menuruti segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

Salah satu perintah Allah yang wajib kita ikuti ialah meninggalkan perkara-perkara syirik, termasuklah ramalan/tilik nasib. Hal ini disampakan di dalam AL-Quran, surah Al-Maidah ayat 90:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah (ramalan/tilik nasib), adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Di dalam suatu hadis riwayat Al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
"Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam."

Dalil di atas jelas membuktikan akan dosa amalan ramalan/tilik nasib.

Memang benar,semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kalau difikirkan secara logik, sihir juga berlaku dengan izin Allah namun Allah mengharamkannya. Oleh itu, kita sebagai umat islam wajib menghindarinya.

Diharapkan agar saudara/i jelas dengan penerangan yang saya berikan di atas.

Wallahu'alam.

serios bodo. Menyesal aku baca blog ko.

xda sotong maseh jugak org bjudi la..haiz..

tuan..macamana pula dgn sikap dan tabiat seseorang y dinilai berdasarkan bulan lahir dan warna yang berdasarkan data-data kolektif oleh para ilmuwan..misalnya oleh Dr Fadhilah Kamsah.
hujah2 tuan di atas seakan-akan memasukkan perkara ni.

Berkenaan dengan ramalan melalui bukti-bukti saintifik, itu dibolehkan. Sebagai contoh, ramalan kaji cuaca, ramalan banjir dan sebagainya kerana sumbernya jelas dan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Namun begitu, dalam hal ramalan tentang peribadi seseorang melalui tarikh lahir atau yang seumpama dengannya, walaupun kajian tersebut mungkin dilakukan secara saintifik, adalah lebih baik untuk kita menjauhkan diri daripada perkara tersebut kerana ianya bersifat syubhah. Ini kerana, matlamatnya sama (mengetahui perkara ghaib tentang diri) cuma caranya berbeza.

Imam Nawawi dalam kitab hadis 40 karangannya ada menulis, dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya, saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

"Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."

Seeloknya, kita tidak bergantung kepada ramalan untuk memotivasikan diri kita. Mohonlah pada Allah SWT. Sesungguhnya, segala sesuatu itu terjadi dan tidak akan berlaku tanpa izin-Nya.

Wallahu'alam.

ak setuju dengan tulisan blog ni..mmg la kekuasaan Allah, tp ramalan tetap salah..jgn nk menghalal kn yg haram. Ustaz Zaharuddin pun ada ckp kat facebook dia yang percaya pd ramalan sotong ni syirik ..kita yg jahil pasal agama jgn menambahkan lagi kejahilan dlm diri..

kelakar bila tgk ada yg hentam blog ni, yg paling kelakar bila cuba putar ayat ckp ia berlandaskan Islam! haha, pada yg takda ilmu sangat, hati2 bila bg komen. lagi2 yg bernama "Hah" dan "Anonymous" (yg pertama)

kepada hah,
tolong jaga perkataan, orang cuma nak menghebahkan perkara yang baik. renung2kan dan selamat beramal!

Sadis aku baca komen2 org yg hentam artikel ni. Bnyk2 la menuntut ilmu agama. Jgn hanya fokus dgn ilmu dunia. Nah baca ni..

http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/analisa-tarikh-lahir-tahu-masadepan/290935116082

Kalau ada yg xpuas hati, dialu-alukan untuk berhujah dgn Dr Zaharuddin sendiri.

Infox sgt bermanfaat. Terimakasih

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Site stats