My view of the world

Islam, Iman, Ihsan...

"Eh.. buat apa tengok drama tu. Tutup TV".
"Alah.. cerita biasa jer, bukan ada unsur-unsur lucah pon".
"Memang tiada unsur lucah namun nilai yang dibawa cerita tersebut tak elok".
"Apa yang tidak eloknya, cerita ni pasal anak derhaka. Kan bagus pengajarannya tu?".
"Betul, pengajarannya bagus tetapi caranya tidak bagus. Cuba tengok pakaian pelakon tu...".
"Alah, pakaian tu biasa la... Hehehee...".

Itu antara senario yang berlaku di masa kini. Terus terang saya cakap, kebanyakan rancangan TV di Malaysia HARAM dilihat oleh orang islam baik lelaki mahupun perempuan. Walaupun mungkin ada sesetengah cerita yang membawa pengajaran yang baik, namun begitu terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan terutamanya membabitkan aurat dan juga cara hidup yang dipaparkan. Ini kerana di dalam Islam, matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang tidak baik.

Orang islam sekarang seolah-olah lali dan melupakan aspek penjagaan dosa mata apabila melibatkan rancangan TV dan filem. Terdapat banyak percanggahan nilai yang dibawa rancangan TV mahupun filem dengan nilai-nilai islam. Antaranya:
  • Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. (Lelaki dan perempuan bebas 'bertepuk-tampar' antara satu dengan yang lain)
  • Budaya 'berpasangan sebelum kahwin'. (Adegan 'dating', berpegangan tangan, naik motor sekali dan sebagainya).
  • Pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna (baiik lelaki mahupun perempuan).
  • Perempuan menyanyi dan melunakkan suara (buat suara menggoda).

Kesemua perkara di atas adalah dilarang di dalam islam dan berdosa. Ingat, tidak kira kecil atau besar, dosa tetap dosa. Di akhirat kelak, semua dosa-dosa kita akan dikumpulkan dan dihisab.

Setiap dari kita melakukan kesalahan dan dosa. Jangan ditambah lagi dosa yang sedia ada dengan dosa-dosa harian yang boleh dielak. Janganlah nanti kita menyesal di akhirat kelak tatkala kita dihumban ke neraka akibat dosa kita yang bertimbun.

Mana yang anda pilih, patuh pada suruhan Allah, atau dosa mata ?
 

Sharing is caring, share this page with your friends: Share

2 comments:

topik yg terbaik. buang tv anda utk dptkn syurga!

ape ntah lg org yg sengaja mncari2 vdeo x elok d utube
...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Site stats