My view of the world

Islam, Iman, Ihsan...

Pernahkah anda terlupa akan sesuatu dan sebaik sahaja anda mula solat, perkara tersebut terlintas di kotak minda ada? Ketika sedang solat, banyak perkara mula terlintas di fikiran. Dimana barang yang hilang tadi? Dah siap kerja atau belum? Nak makan apa selepas ini? Dan pelbagai lagi perkara-perkara lain yang kadangkala sangat remeh terlintas di fikiran kita sebaik sahaja kita mula solat.

Pernahkah anda terfikir kenapa hanya dalam solat, perkara sebegini berlaku?

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

Jika dikumandangkan azan, syaitan akan melarikan diri mereka sambil terkentut-kentut sehingga tidak lagi mendengar suara azan. Ketika azan telah selesai dikumandangkan, dia datang lagi hingga iqamat dikumandangkan. Ketika iqamat dikumandangkan, dia melarikan diri lagi. Ketika iqamat telah selesai dikumandangkan, dia datang lagi untuk menggoda seseorang yang hendak mengerjakan solat dengan membisiki hatinya, "Ingatlah ini dan itu" iaitu sesuatu yang tidak diingatinya sebelum solat, sehingga orang tersebut tidak lagi tahu berapa rakaat yang telah dikerjakannya.   (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syaitan tidak pernah lupa akan janjinya untuk menyesatkan manusia. Hatta dalam solatpun, syaitan akan datang mengganggu. Tujuannya agar solat yang dikerjakan rosak mutunya dan tidak diterima Allah SWT. Ini kerana syaitan sedar akan fadhilat besar yang bakal diperoleh mereka yang solat dengan khusyuk. Ada banyak hadis yang diriwayatkan Muslim yang menceritakan akan fadhilat solat. Antaranya ialah suatu hadis daripada Uthman r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

Tidaklah seorang Muslim yang mendapati waktu solat fardhu, lalu berwuduk dengan sempurna dan khusyuk dalam mengerjakan solatnya, melainkan semua itu akan menjadi penghapus dosa-dosanya yang telah lalu selagi dia menjauhi dosa besar, dan keadaan ini berlaku sepanjang hayatnya.   (Riwayat Muslim).


Oleh itu, jagalah solat kerana syaitan akan sentiasa akan mengganggu. Persoalannya, bagaimana nak fokus ketika melakukan solat? Selain daripada bacaan doa-doa tertentu (yang boleh didapati di dalam sesetengah buku panduan solat), beriku adalah beberapa tips bagi mengelakkan fikiran kita melayang ketika melakukan solat:

  1. Pastikan diri dan pakaian dalam keadaan bersih. Pakai sedikit wangian jika boleh.
  2. Datang awal ke masjid (bagi yang solat berjemaah).
  3. Rehat 2-3 minit sebelum melakukan solat. Elakkan terus melakukan solat setelah melakukan sesuatu perkara yang meletihkan fizikal (contoh: bersukan) dan mental (contoh: ulangkaji).
  4. Solat sunat dua rakaat (rawatib) sebelum solat fardhu.
  5. Fahami maksud setiap bacaan di dalam solat.
  6. Cuba fahami dan hayati maksud surah-surah yang dibaca di dalam solat.
  7. Cuba fokus kembali kepada solat sebaik sahaja otak mula memikirkan perkara-perkara luar solat.
  8. Cuba elakkan/minimakan pergerakan ketika solat.
  9. Solat dengan kelajuan yang sederhana, tidak terlalu pantas dan tidak terlalu perlahan.
Diharapkan agar tips-tips di atas dapat membantu kita semua di dalam mencapai solat yang lebih baik.

Jom solat !!!

Sharing is caring, share this page with your friends: Share

1 comments:

ada 1 lagi weh, kalo yg pertama: bayangkan kita melihat tuhan(bukan maksud lihat dgn mata ye), yg kedua: bayangkan tuhan melihat kita solat. skiranya yg pertama xboleh, kita cuba yg kedua...sekadar berkongsi ilmu.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Site stats