Apabila disebut sahaja perkataan 'hiburan' pada masa kini, umum akan mengaitkannya dengan muzik, filem, artis, TV dan sebagainya. Definisi tersebut tidak salah. Memang benar muzik dan filem itu suatu jenis hiburan namun begitu, adakah itu sahaja bentuk hiburan yang ada di dunia ini? Secara tidak kita sedari, kita telah membataskan hiburan hanya kepada muzik, filem, TV dan yang seumpama dengannya atau dengan kata lain, bentuk-bentuk 'hiburan moden' yang dibawa dari negara barat yang kebanyakannya diterajui oleh orang-orang nasrani (kristian) dan yahudi. Kenapa ini boleh berlaku?
"Eh.. buat apa tengok drama tu. Tutup TV".
"Alah.. cerita biasa jer, bukan ada unsur-unsur lucah pon".
"Memang tiada unsur lucah namun nilai yang dibawa cerita tersebut tak elok".
"Apa yang tidak eloknya, cerita ni pasal anak derhaka. Kan bagus pengajarannya tu?".
"Betul, pengajarannya bagus tetapi caranya tidak bagus. Cuba tengok pakaian pelakon tu...".
"Alah, pakaian tu biasa la... Hehehee...".
Rasanya dah lama saya tak berblog kerana kesibukan dan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, namun Alhamdulillah hari ini saya diizinkan Allah untuk kembali berblog. Sedar tak sedar, kita sekarang telah berada pada tahun baru 1432 Hijrah.
Bercakap tentang tahun baru, teringat saya peristiwa yang berlaku semalam. Ketika sedang menuju ke masjid untuk solat Maghrib, terkejut saya melihat kenderaan penuh di sekitar masjid. Ruang pakir sekitar masjid penuh hingga saya terpaksa meletakkan kenderaan di luar masjid, sedikit jauh dari masjid dan terpaksa berjalan kaki sedikit. Tak apa, apa salahnya bersusah sedikit untuk menjalankan perintah Allah.