My view of the world

Islam, Iman, Ihsan...

Terkejut aku semalam melihat rancangan 999 jam 9 malam tadi. Ingatkan, hanya tin, botol plastik dan kertas sahaja yang dikitar semula. Rupa-rupanya, sayur juga boleh 'dikitar semula'. Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan rancangan tersebut, rancangan 999 semalam ada menceritakan perihal pekerja asing yang kebanyakannya tanpa permit yang sah atau bekerja di premis yang di-'AliBaba'-kan oleh tauke tempatan menjual sayur-sayuran kitar semula.

Bunyi macam baik, namun kitar semula yang dimaksudkan di sini ialah sayur yang diambil dari tong sampah berhampiran pasar selayang dan dijual semula. Perkara ini sangat mengejutkan diriku namun, disebalik semua itu, ada perkara yang lebih menghairankan diriku. Perkara yang aku maksudkan ialah sikap tauke tempatan yang sanggup menyewakan premis perniagaan mereka kepada warga asing.

"Malas sungguh mereka tu, nak untung cepat jer..", itu antara perkara pertama yang terlintas difikiranku. Aku tahu, fikiran sebegitu mungkin agak berat sebelah kerana aku tidak mendengar sebarang penjelasan daripada taukeh premis tersebut. Namun disebalik itu, terkejut aku apabila mendengar sewa yang dikenakan pemilik premis tempatan kepada warga asing tersebut, iaitu RM1000 sebulan !!!

Bayangkan jika warga asing tersebut mampu membayar sewa RM1000 setiap bulan, berapakah keuntungan yang mereka dapat? Tentu jauh melebihi sewa yang ditetapkan. Inilah perkara yang menyedihkan aku. Rakyat tempatan yang memiliki tapak perniagaan namun tidak memajukannya dengan sebaik mungkin. Sebaliknya, mengambil untung 'atas angin' dengan mengambil sewa bulanan.

Kalau inilah sikap orang tempatan, bilakah kita akan maju? Sikap sebeginilah antara punca kaum bumiputera ketinggalan dan mundur di negara sendiri, sikap 'nak untung cepat'. Sikap ini sangat menebal di kalangan masyarakat kita terutamanya orang islam yang sepatutnya, mengikuti saranan Nabi Muhammad SAW supaya berniaga.
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Bahawa sembilan daripada sepuluh punca rezeki itu datangnya dari perniagaan serta jual beli." (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Betapa untungnya para peniaga. Berniaga ada risikonya namun untungnya juga lumayan. Jika diurus dengan baik, dan diiringi doa kepada Allah SWT serta usaha yang sistematik, Insya-Allah perniagaan tersebut akan membuahkan hasil. Namun awas, dalam berniaga kita dilarang daripada melakukan sebarang bentuk penipuan.
Sabda Baginda lagi: "Adapun sebahagian daripada isi neraka Wail di akhirat kelak adalah terdiri daripada peniaga yang menipu atau mengurangi timbangan." (Hadis riwayat Muslim)
Pendek kata, perniagaan adalah digalakkan namun penipuaan adalah ditegah sama sekali. Peniaga biasanya menipu sebagai suatu jalan mudah untuk meraih keuntungan namun jalan mudah sebegini sangat ditegah oleh islam. Biar susah sikit, berusahalah kerana keberkatan itu ada pada rezeki yang halal.

So, moral of the story, apa yang cuba aku sampaikan disini ialah pentingnya kita untuk mengikis sikap "nak untung cepat" atau "jalan pintas untuk cepat kaya". Jangan biarkan orang lain rebut peluang perniagaan di negara kita. Percayalah, tiada jalan pintas untuk cepat kaya. Tanyalah kepada CEO-CEO yang berjaya, lihatlah sejarah mereka-mereka yang tersenarai di dalam 10 manusia terkaya di dunia, semuanya pernah menempuh jalan yang sukar dalam perniagaan. Kalaulah ada jalan pintas untuk kaya nescaya tiadalah orang yang hidup susah di dunia ini. Berusahalah wahai saudaraku.

Usaha tangga kejayaan... cliche?... yes.. but a very true one.

Sharing is caring, share this page with your friends: Share

1 comments:

btul2, ada motivation, ada idea tapi kalo xde usaha keras n rajin...kita takkan kemana..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Site stats