My view of the world

Islam, Iman, Ihsan...

Di dalam kehidupan ini, kita akan atau mungkin telah menempuh pelbagai ujian. Bermula daripada peperiksaan di sekolah rendah, UPSR, kemudian di sekolah menengah, PMR, SPM dan kemudiannya di Universiti. Apabila kita mula kerja, ada pulak peperiksaan untuk menilai prestasi kerja seperti PTK dan sebagainya.

Senario ini mungkin benar untuk mereka yang belajar hingga ke IPT. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak pernah ke sekolah? Tahukah anda, sebenarnya mereka juga perlu melalui suatu ujian. Bahkan, setiap manusia akan melalui sekurang-kurangnya satu ujian?


Suatu ujian yang tidak mengira latar belakang akademik. Tak kira sama ada anda datang dari bandar atau luar bandar, kaya atau miskin, tinggi atau rendah, islam atau bukan islam, anda semua wajib mengambil ujian ini... walaupun anda tidak tahu membaca ataupun menulis.

Ujian yang saya maksudkan ini ialah 'kehidupan'. Ujian yang diambil sejak dari kita lahir hinggalah kita dikebumikan. Keputusannya akan diumumkan di akhirat kelak. Ujian yang hanya ada dua keputusan, cukup mudah. Tiada sistem pointer atau gred. Yang ada, cuma lulus atau gagas. Lulus dan anda akan gembira selama-lamanya (lama tu !). Begitu juga jika anda gagal.. anda akan menderita... juga untuk selama-lamanya.

Penilaiannya juga sangat mudah, lakukan kebaikan dan anda akan dikurniakan pahala tetapi sebaliknya, setiap perbuatan buruk akan 'dianugerahkan' dengan dosa. Matlamat anda adalah untuk skor sebanyak mungkin pahala. Buku rujukan untuk ujian ini hanya dua, iaitu Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Masa ujian adalah sepanjang tempoh kehidupan. Sebagaimana ujian-ujian lain, ramai yang gagal untuk skor kerana gagal memperuntukkan masa dengan sebaiknya untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi ujian. Oleh itu, masa ujian ini adalah suatu perkara yang cukup kritikal.

Saya stresskan tentang masa ujian kerana dalam ujian ini, masa yang diberi untuk setiap orang tidak sama. Ada yang sekitar 60 hingga 70 tahun tetapi ada juga yang tempoh ujiannya sekitar belasan tahun sahaja. Pasal masa kita tidak perlu pertikaikan kerana masa ini di set oleh pemeriksa ujian, Allah SWT yang memang tidak dapat disangkal akan keadilannya. Pertikaian hanya membuang masa.

Oleh itu, penting bagi setiap daripada kita untuk bersedia seawal mungkin. Sebagimana ujian-ujian lain, ujian ini juga perlu kepada persediaan yang rapi. Jika kita sanggup berjaga malam untuk belajar berjam-jam demi ujian yang kecil di sekolah atau di IPT, sepatutnya dan selayaknya kita peruntukkan masa sebanyak mungkin untuk persediaan ujian ini, ujian yang paling penting bagi setiap orang di muka bumi.

Ayuh, mulakan dari SEKARANG... jangan bertangguh lagi.... kerana kita tidak tahu, bila loceng penamat ujian kita akan dibunyikan....

KRIIIIINGGGGGG.......

Sharing is caring, share this page with your friends: Share

1 comments:

Assalamualaikum


Artikel ni sesuai dibaca untuk semua golongan. boleh copy ke? Syukran.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Site stats