My view of the world

Islam, Iman, Ihsan...


Salam Aidiladha buat semua pengunjung. Kepada yang menunaikan ibadah haji tahun ini, didoakan agar mereka yang mendapat haji mabrur. Bagi yang belum berkesempatan, moga Allah memudahkan kita untuk menunaikan haji di tahun-tahun yang akan datang...

"Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (Al-Quran, Surah al-Haj Ayat 27).

Funny things happen everywhere, Facebook included ! Below is some of the funny facebook status messages that I *ehem* found on the internet. Click 'Read more>>' for more facebook fun !

Study smart


Takjub saya melihat gambar di atas. Gambar di atas di ambil (oleh Syaharim Abidin) di Kampung Padang Telok, Kedah baru-baru ini. Kita sedia maklum bahawa Kedah merupakan antara negeri yang teruk mengalami musibah banjir akibat peralihan angin monsoon barat daya ke timur laut. Sekali imbas, kita nampak penduduk kampung sedang berdoa di atas jalan sawah padi. Namun tahukah anda, penduduk di situ sebenarnya sedang mengadakan kenduri doa selamat sebagai tanda kesyukuran terselamat daripada banjir. Kampung mereka ditenggelami banjir dan mereka masih sempat mengingati Allah dan yang paling penting, rasa syukur mereka terhadap nikmat Allah SWT, diselamatkan dari bencana (dan jauh lebih baik daripada mereka yang hanya merungut kerana bantuan lewat sampai dan tak henti-henti menangis dan bersedih meratapi nasib malang yang menimpa mereka kerana kehilangan harta-benda). Moga Allah merahmati mereka dan semua mangsa banjir.

'Culture shock' saya bila balik kampung. Itu kata-kata yang terungkap bila melihat keadaan umat islam di kampung. Teringat kembali diwaktu mula-mula melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Masa itu memang 'culture shock' dengan cara hidup muda-mudi di bandaraya paling sibuk di Malaysia. Di masa itu, teringat kampung halaman yang sedikit sebanyak masih 'suci' dek cara hidup barat yang berleluasa. Tetapi itu dahulu, kini saya 'culture shock' bila pulang ke kampung. Nampaknya kampung dah tidak 'sesuci' dahulu.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Site stats