My view of the world

Islam, Iman, Ihsan...

Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Berikut adalah koleksi gambar menarik tentang solat. Klik "Read more >>" untuk lihat lebih banyak gambar.


Pernahkah anda terlupa akan sesuatu dan sebaik sahaja anda mula solat, perkara tersebut terlintas di kotak minda ada? Ketika sedang solat, banyak perkara mula terlintas di fikiran. Dimana barang yang hilang tadi? Dah siap kerja atau belum? Nak makan apa selepas ini? Dan pelbagai lagi perkara-perkara lain yang kadangkala sangat remeh terlintas di fikiran kita sebaik sahaja kita mula solat.

Pernahkah anda terfikir kenapa hanya dalam solat, perkara sebegini berlaku?

Jika pada posting saya yang lepas, saya muatkan video tentang kematian, kali ini, saya muatkan pula 3 video tentang solat. Klik "Read more >>" untuk lihat video...

   Subuh tadi setelah selesai solat berjemaah, saya terfikir sejenak akan aktiviti solat yang dilakukan para jemaah. Ketika solat, semua makmum akan mengikuti iman dengan baik, saf perlu lurus dan tersusun, makmum tidak boleh mendahului imam ketika solat, pergerakan solat makmum berlaku secara teratur mengikut 'arahan' (laungan takbir) daripada imam, makmum tidak boleh ketinggalan melebihi dua rukun solat (atau mereka akan dikira sebagai tidak lagi mengikut imam) dan beberapa lagi peraturan yang telah ditetapkan di dalam solat yang saya renungkan.

Timbul suatu persoalan di kotak minda saya, apa hikmah yang tersembunyi disebalik semua peraturan ini? Kenapa ditetapkan sedemikian? Apa hikmah disebalik aturan tersebut? Apa yang pasti, setiap sesuatu yang ditetapkan Allah SWT pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Dan memang benar, ada pengajaran yang tersebunyi disebaliknya.

Followers

Site stats