Semalam saya ada menonton rancangan Muqaddimah di TV9. Di dalamnya, ada suatu kisah menarik yang diceritakan berkenaan zuhud. Kisahnya adalah mengenai seorang ulamak tersohor umat islam, anak seorang hamba yang lahir di zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi), iaitu Hasan al-Basri. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang sahabat nabi, menjadi seorang guru di Basrah (Iraq) dan merupakan seorang yang sangat mementingkan nilai hidup zuhud.
Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts
Tersebutlah kisah pada suatu masa dahulu, terdapat seekor katak yang bersahabat baik dengan ikan-ikan yang berada di dalam sebatang sungai. Sungai tersebut terletak jauh di dalam hutan. Katak dan ikan telah berkawan baik sejak kecil lagi, yakni ketika katak tersebut masih lagi merupakan seekor berudu. Katak sangat dipercayai oleh komuniti ikan di dalam sungai tersebut. Dia seorang yang sangat jujur dan tidak pernah bercakap bohong. Sekian lama mereka tinggal di dalam sungai tersebut, tidak pernah berlaku sebarang ancaman atau bahaya. Mereka hidup dalam keadaan aman dan dilimpahi rezeki yang banyak.
Masa kecik-kecik dulu, selalu keluar kat TV cerita-cerita kartun teladan terbitan Filem Negara Malaysia. Kisah macam Sang kancil dan Monyet, Gagak yang bijak, Arnab yang sombong dan sebagainya sering keluar kat TV. Bagi yang nak mengimbau kembali nostalgia silam atau nak tengok balik cerita-cerita tersebut, berikut disertakan video bagi kisah-kisah tersebut. Klik "Read more >>" untuk lihat video.
Tidak dinafikan, setiap yang bergelar manusia pasti pernah melakukan kesilapan. Adalah menjadi tugas kita supaya selalu memohon keampunan daripada Allah SWT dan digalakkan kita untuk beristighfar. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, dikatakan bahawa sekiranya manusia tidak melakukan dosa, maka Allah akan menggantikan manusia dengan kaum yang lain yang berbuat dosa, lalu beristighfar kepada Allah dan Allah pun mengampuni dosa mereka.
Posted by
SyedZai
Posted in
jalut,
kepimpinan,
kisah,
nabi daud,
solat,
solat berjemaah,
thalut
comments (0)
Subuh tadi setelah selesai solat berjemaah, saya terfikir sejenak akan aktiviti solat yang dilakukan para jemaah. Ketika solat, semua makmum akan mengikuti iman dengan baik, saf perlu lurus dan tersusun, makmum tidak boleh mendahului imam ketika solat, pergerakan solat makmum berlaku secara teratur mengikut 'arahan' (laungan takbir) daripada imam, makmum tidak boleh ketinggalan melebihi dua rukun solat (atau mereka akan dikira sebagai tidak lagi mengikut imam) dan beberapa lagi peraturan yang telah ditetapkan di dalam solat yang saya renungkan.
Timbul suatu persoalan di kotak minda saya, apa hikmah yang tersembunyi disebalik semua peraturan ini? Kenapa ditetapkan sedemikian? Apa hikmah disebalik aturan tersebut? Apa yang pasti, setiap sesuatu yang ditetapkan Allah SWT pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Dan memang benar, ada pengajaran yang tersebunyi disebaliknya.



