My view of the world

Islam, Iman, Ihsan...

Showing posts with label budaya ilmu. Show all posts
Showing posts with label budaya ilmu. Show all posts

Apabila disebut sahaja perkataan 'hiburan' pada masa kini, umum akan mengaitkannya dengan muzik, filem, artis, TV dan sebagainya. Definisi tersebut tidak salah. Memang benar muzik dan filem itu suatu jenis hiburan namun begitu, adakah itu sahaja bentuk hiburan yang ada di dunia ini? Secara tidak kita sedari, kita telah membataskan hiburan hanya kepada muzik, filem, TV dan yang seumpama dengannya atau dengan kata lain, bentuk-bentuk 'hiburan moden' yang dibawa dari negara barat yang kebanyakannya diterajui oleh orang-orang nasrani (kristian) dan yahudi. Kenapa ini boleh berlaku?

Katakanlah (Wahai Muhammad), "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berkumpul dengan tujuan untuk membuat dan mendatangkan yang serupa dengan Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi yang lain".   (Al-Quran, al-Isra' 17:88)

Baru tadi aku selesai suatu mesyuarat peringkat jabatan. Antara hal yang dibincangkan ialah pencapaian student yang lemah dalam sesuatu subjek. Perbincangan ala-ala post-mortem itu akhirnya berjaya merumuskan punca masalah kemerosotan keputusan pelajar-pelajar tersebut.

Begini ceritanya, perbincangan tadi melibatkan beberapa subjek yang di ajar di jabatan kami. Keputusan pelajar didapati agak teruk dengan majoriti mendapat gred C. Ini suatu perkara yang membimbangkan. Beberapa pensyarah yang berkenaan telah tampil memberikan penjelasannya.

"Sir, macam mana nak mahir programming ?". "Ada apa-apa tips nak nak score pointer tinggi ?". "Macam mana nak jadi top student ?". Itu adalah antara soalan-soalan yang sering diajukan kepadaku sejak aku memulakan tugas menjadi salah seorang tenaga pengajar di sebuah IPTA di selatan tanah air. Secara terus terang, pertanyaan-pertanyaan sebegini membuatkan aku sedikit gembira kerana terpancar keazaman pada diri pelajar yang bertanya itu untuk menjadi pelajar yang lebih baik. Namun begitu, kegembiraan itu hanya seketika setelah melihat riak wajah mereka apabila mendengar jawapan balas dariku.

"Antara subjek bahasa melayu dan bahasa Inggeris mana lebih susah ?", tanya seorang penjual otak-otak kepada seorang kanak-kanak lelaki kecil (mungkin anaknya) yang masih dibangku sekolah. "Bahasa melayu" jawab anak kecil itu pantas. Perbualan itu menggamit perhatianku yang ketika itu sedang menunggu beberapa cucuk sate yang dipesan di gerai sebelah buat makan malam. Tersenyum aku mendengar jawapan balas si anak kecil itu.

Followers

Site stats