Kali ini saya muatkan dua video (yang merupakan suatu siri iklan coklat di luar negara) tentang sikap tolong-menolong. Rugi kalau tak tengok. Klik "Read more >>" untuk lihat video...
Showing posts with label niat. Show all posts
Showing posts with label niat. Show all posts
Anda seorang yang baik, tidak pernah melakukan dosa-dosa besar, tidak pernah tinggal solat, rajin bersedekah, selalu bangun malam untuk solat sunat. Anda rasa anda dah cukup baik, namun jangan terkejut jika semua amalan yang anda buat tidak dikurniakan pahala oleh Allah SWT. Lebih buruk lagi, anda mungkin dihumban Allah ke dalam api neraka kerana amalan 'baik' yang anda lakukan.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, "Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
Sesungguhnya Allah tidak akan melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula kepada rupa bentuk kamu. Akan tetapi, Dia akan melihat kepada keikhlasan hati kamu." (Riwayat Muslim)
Hadis di atas merupakan salah satu hadis popular dan sangat diketahui umum. Malangnya, hadis di atas jugalah merupakan salah suatu hadis yang sering disalahtafsirkan golongan tertentu bagi membenarkan perbuatan dosa mereka.

