Malam semalam (27 Julai 2010), telah berlangsungnya perasmian Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh saudara Tarmizi, salah seorang finalis Akademi Al-Quran 4. Beliau membacakan surah ali-Imran dengan cukup merdu dengan tarannum yang memukau penonton. Disertakan adalah video bacaan al-Quran beliau. Klik "Read more >>" untuk lihat/download video tersebut.
Anda kuat makan? Kalau anda betul kuat makan, tengok gambar-gambar ni dulu, lepas tu nilai balik sama ada anda betul-betul kuat makan ! Klik "Read more >>" untuk lebih banyak gambar.
Setiap dari kita melakukan dosa atau kesilapan, itu adalah suatu fakta yang tidak dapat disangkal. Namun begitu, ada diantara kita melakukan lebih banyak dosa berbanding yang lain. Ada yang mencuri, ada yang tidak. Ada yang merokok, ada yang tidak. Ada yang melakukan suatu dosa yang berat, dan ada juga mereka yang tidak melakukannya. Disebabkan terdapatnya perbezaan tahap perbuatan dosa tersebut, maka terdapatnya ruang dan peluang untuk mereka yang tidak melakukan dosa merasakan dirinya lebih baik (daripada mereka yang melakukan dosa). Ya, artikel saya kali ini bukanlah ditujukan kepada pendosa, sebaliknya golongan yang merasakan dirinya lebih baik dari yang lain.
Al-Hafiz Ibn Hajar menceritakan dalam kitab Fathul Bari bahawa Hafs bin Humaid pernah bertanya kepada Imam Ibn al-Mubarak, katanya "Aku melihat seseorang membunuh orang lain. Bolehkah aku berasa di dalam hati bahawa diriku lebih baik daripadanya?". Ibn al-Mubarak berkata, "Perasaan itu lebih berat daripada dosa orang itu".
Sejak akhir-akhir ni, nampaknya makin rancak orang membicarakan tentang Paul, si sotong kurita yang di dakwa boleh meramal pasukan yang menang dalam piala dunia, hinggakan di dalam facebook pun penuh video Paul diletakkan.
Jauh di sudut hati, sedih rasanya bila melihatkan fenomena ini berlaku. Yang menjadi punca kesedihan bukanlah kerana Paul bakal jadi sushi/sotong kering/takoyaki (akibat diancam oleh sesetengah kumpulan), sebaliknya, kerisauan ini bertunjangkan kepada suatu masalah yang lebih besar yang melanda masyarakat termasuklah umat islam, iaitu amalan bertilik nasib.
Bagi kebanyakan universiti awam di Malaysia, minggu ini merupakan antara minggu paling sibuk kerana minggu ini merupakan minggu kemasukan pelajar-pelajar baru. Pelajar-pelajar baru ini biasanya akan melangkah masuk ke IPT dengan penuh bersemangat.
Setiap pelajar hadir membawa harapan besar untuk menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya, mereka perlu tahu adab-adab atau cara untuk menjadi pelajar yang baik.
Berikut adalah suatu senarai semak tentang perkara-perkara yang patut diamalkan selagi seorang itu bergelar pelajar:
Saban hari, televisyen di negara kita memaparkan pelbagai jenis cerita. Terdapat drama dan filem tempatan, drama dan filem dari Hollywood, Bollywood, Korea, Jepun, Taiwan, China, Filipina, Indonesia dan sebagainya. Pendek kata, macam-macam ada ! Tidak cukup dengan itu, kewujudan internet juga memudahkan sebahagian daripada kita untuk memuat turun (download) cerita-cerita ini terus ke dalam komputer bagi tontonan di masa lapang (atau bagi sesetengahnya, untuk tontonan sepanjang masa). Tidak lupa juga kepada peranan yang dimainkan oleh kedai-kedai penjual CD/DVD/Blue-ray sama ada secara haram atau berlesen yang turut menyumbang kepada akses terhadap cerita-cerita tersebut.
Berikut adalah koleksi papan iklan yang mana iklannya, lain daripada kebiasaan. Apa yang lainnya? .. tengoklah sendiri. Klik "Read more >>" untuk lihat lebih banyak iklan.
Malaysia akan dapat melihat fenomena gerhana matahari sebanyak 4 kali dalam tempoh 15 tahun (akan datang) menurut Goddard Space Flight Center (GSFC), NASA.
Gerhana matahari tersebut dijangka berlaku pada:
- 9 Mac 2016
- 26 Disember 2019
- 21 Jun 2020
- 20 April 2023
Klik "Read more >>" untuk lebih info dan animasi pergerakan kawasan gelap (bayang-bayang) bulan pada bumi bagi keempat-empat tarikh di atas.