Berikut adalah dua gambar yang menjadi bukti nyata bahawa sesungguhnya Allah adalah tuhan semesta alam. Gambar pertama adalah gambar sebuah Masjid di Turki manakala gambar kedua merupakan sebuah Masjid di Aceh, Indonesia. Apa yang menarik tentang kedua-dua gambar ini ialah kedua-dua masjid kekal kukuh dengan Izin Allah selepas berlakunya bencana. Klik "Read more >>" untuk lihat gambar.
This is a video of San Juan De La Vega carnival in Mexico. The people there celebrate the festival by fixing explosives to a sledgehammer and smashing it to the ground. A must see video but please do not try this at home. Click "Read more >>" to see the video.
Tidak dinafikan, setiap yang bergelar manusia pasti pernah melakukan kesilapan. Adalah menjadi tugas kita supaya selalu memohon keampunan daripada Allah SWT dan digalakkan kita untuk beristighfar. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, dikatakan bahawa sekiranya manusia tidak melakukan dosa, maka Allah akan menggantikan manusia dengan kaum yang lain yang berbuat dosa, lalu beristighfar kepada Allah dan Allah pun mengampuni dosa mereka.
The 'foods' has return, this time even cuter, lovelier and more difficult to resist. More pictures after the jump...
Alhamdulillah... rakyat Malaysia sekarang hidup dalam keadaan aman. Jika kita lihat jiran kita di utara, suasananya sudah mirip kepada perang saudara. Kejadian pertempuran antara pihak tentera dan puak penyokong kumpulan baju merah yang berlaku di Bangkok sudah meragut banyak nyawa. Kita di Malaysia perlu mengambil iktibar akan kejadian tersebut agar kejadian seumpama itu tidak berlaku di negara ini kerana kesannya amat buruk.
Walaupun negara kita sekarang nampaknya aman dari segi perang fizikal, sebenarnya kita sekarang sedang diserang hebat oleh anasir-anasir yang boleh meruntuhkan tamadun negara. Serangan yang berlaku bukanlah melalui bom dan peluru. Yang dikorbankan bukanlah nyawa. Namun, perang ini sebenarnya lebih berbahaya daripada perang fizikal.
Ahh.. Facebook. Penghubung teman lama. Penjalin hubungan baru. Suatu aplikasi web yang menjadi sebutan ramai. Bagi mereka yang mempunyai akaun Facebook, tidak lengkap rasanya sesuatu hari tanpa login sekurang-kurangnya sekali ke dalam Facebook. Pelbagai maklumat boleh dikongsikan sama ada dengan rakan, kawan kepada rakan ataupun dengan masyarakat umum.
Pelbagai jenis maklumat boleh dikongsikan melalui Facebook. Gambar, video, teks mahupun link ke website lain boleh dikongsikan dengan rakan-rakan dengan cukup mudah. Seseorang juga boleh mewujudkan 'fan site' atau 'hate site' untuk pelbagai tujuan (ataupun tanpa sebarang tujuan). Kesemua ini memang menyeronokkan tapi awas, terdapat bahaya yang menanti bagi mereka yang tidak berhati-hati.
This is what will happen when art meets vandals. This may look funny but please don't try these (or anything similar) at home, your workplace or anywhere. More picture after the jump...
Nama "Kaabah" berasal dari perkataan arab "muka'ab" yang bermaksud "kiub". Berikut adalah gambar Kaabah ketika kawasan tersebut dilanda banjir. Klik "Read more >>" untuk lihat lebih banyak gambar. Klik pada gambar untuk membesarkannya.
Musim bola sudah tiba.... Bagi mereka yang masih tidak tahu, tahun ini Piala Dunia akan berlangsung di Afrika Selatan dan "Jabulani" telah dipilih sebagai bola rasmi kejohanan (gambar di atas). "Jabulani" merupakan suatu perkataan dalam bahasa isiZulu yang bermaksud "meraikan" (to celebrate).
Ingin tahu bagaimana "Jabulani" di hasilkan ? Klik "Read more >>" untuk lihat video.
Baru tadi aku selesai suatu mesyuarat peringkat jabatan. Antara hal yang dibincangkan ialah pencapaian student yang lemah dalam sesuatu subjek. Perbincangan ala-ala post-mortem itu akhirnya berjaya merumuskan punca masalah kemerosotan keputusan pelajar-pelajar tersebut.
Begini ceritanya, perbincangan tadi melibatkan beberapa subjek yang di ajar di jabatan kami. Keputusan pelajar didapati agak teruk dengan majoriti mendapat gred C. Ini suatu perkara yang membimbangkan. Beberapa pensyarah yang berkenaan telah tampil memberikan penjelasannya.







