My view of the world

Islam, Iman, Ihsan...

Anda tentu pernah dengar tentang islamophobia, iaitu suatu fobia terhadap segala yang berkaitan dengan islam yang lazimnya dikaitakan dengan masyarakat bukan islam di barat. Namun tahukah anda bahawa sesetengah orang islam di Malaysia juga menghidapi islamophobia? .... dengan cara yang berbeza. Orang islam yang fobia dengan islam? Pelik tapi benar !

Takut kepada ceramah agama, takut kepada program yang berbentuk islamik, takut kepada masjid, takut dengan orang-orang tabligh dan sebagainya merupakan antara 'ketakutan' segelintir umat islam sekarang.


'Ketakutan' ini berlaku pada semua peringkat, dalam pelbagai bentuk komunikasi baik sesama orang islam mahupun bukan islam di alam nyata mahupun siber. Bercakap mengenai 'ketakutan', teringat saya akan suatu kisah ketika belajar di salah sebuah IPT dahulu. Waktu itu adalah sekitar penghujung waktu asar, sekitar jam 6.30ptg. Para pelajar kebanyakannya sedang berehat dibilik masing-masing. Tiba-tiba, terdengar bunyi riuh rendah di luar bilik, bunyi orang ramai berlari. "Ada fire drill ke?". Rupa-rupanya para pelajar sedang lari keluar dari bilik masing-masing kerana ada sekumpulan 'geng tabligh' sedang menuju ke blok asrama. Ada juga yang tutup lampu bilik dan berpura-pura tidur. Pelbagai teknik dibuat bagi mengelakkan diri dari diajak solat maghrib berjemaah di masjid oleh geng tabligh. Suatu kes orang islam takut dengan orang islam yang lain.

Dihadapan rakan-rakan bukan islam, ada umat islam yang apabila rakan-rakan bukan islam berbicara tentang sesuatu yang mempersoalkan ajaran islam, mengutuk atau mempersoalan dasar-dasar islam, mereka hanya berdiam diri, terseyum dan tersengih, atau lebih buruk, setuju dengan pandangan tersebut.

Persoalannya, kenapa ini boleh berlaku?

Takut tiada kawan, bimbang kawan lari atau... MALU DENGAN AGAMA ISLAM ? Berapa ramai umat islam yang ada menerangkan serba sedikit tentang islam kepada rakan-rakan bukan islamnya yang lain? Kalaupun penerangan diberi, berapa ramai yang pastikan bahawa maklumat yang diberi adalah betul.

Seorang non-muslim pernah bertanya di dalam sebuah forum yang popular di Malaysia, "Kenapa orang islam tidak boleh pegang anjing ?". "Kerana anjing kotor", jawab seorang ahli forum. "Kalau anjing tu bersih?", tanya non-muslim itu lagi. "Itu tidak tepat, orang islam boleh pegang tapi kene basuh tangan dengan air tanah dan 6 kali air bersih", jawab seorang ahli forum yang lain.

Penerangan yang tepat penting bagi memberi gambaran sebenar tentang islam. Jawapan yang kurang tepat bukan sahaja menyesatkan, malah boleh menimbulkan kekeliruan yang lain yang akhirnya mungkin menimbulkan imej yang tidak benar tentang islam.

Di alam siber pula lain halnya, di forum-forum tertentu, ada umat islam yang berkelakuan seperti orang kafir, antaranya:
  • membicarakan hal-hal lucah
  • berkongsi akan gambar-gambar yang tidak senonoh (dan ada juga umat islam yang menggunakan gambar-gambar seumpama ini sebagai 'avatar')
  • menyebarkan gosip atau berita yang tidak pasti akan kesahihannya
  • menceritakan keburukan orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syarak

Menghairankan, cara sesetengah orang islam berbual di internet adakalanya lebih kafir berbanding orang kafir sendiri. Itu belum di ambil kira blog-blog lucah/gosip/mengarut yang diusahakan orang islam .

Wahai saudara seagamaku, sedarlah bahawa anda sebenarnya merupakan umat terbaik daripada sekelian umat (umat Nabi Muhammad SAW), anda penganut agama terbaik yang diiktiraf Allah SWT (Islam) berbanding agama-agama samawi yang lain, dan anda juga merupakan sebaik-baik kejadian di muka bumi ini. Janganlah hina diri sendiri dengan meniggalkan ajaran islam. Jangan MALU dengan ISLAM. Yakinlah bahawa agama yang anda anuti merupakan agama yang benar.

Jika anda rasa kurang yakin... belajarlah tentang islam. Dekatkan diri dengan masjid, baca buku-buku, majalah yang membicarakan hal-hal islamik. Tontonlah ceramah agama di TV, dengar ceramah di radio dan banyakkanlah berdoa kepada Allah supaya diberi hidayah dan iman yang tinggi. Kenalkan diri kepada islam, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Anda tidak perlu berjubah atau berjanggut panjang untuk menyampaikan nilai-nilai islam kepada masyarakat. Cukup sekadar berkelakuan seperti orang islam iaitu dengan melakukan yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah Allah SWT.

Jika anda tidak mampu untuk menyebarkan mesej islam, sekurang-kurangnya janganlah sukarkan atau halang usaha saudara seagama anda untuk melakukannya...
 

Sharing is caring, share this page with your friends: Share

2 comments:

betul 100%

betul terutamanya kes pemakaian tudung... bila ditegur kata pakai tudung tu tak baik dia marah... dia kata tak pakai tudung takpa janji hati baik...

kalau macam tu sembahyang pakai spender saja pun takpe la asal khusyuk dan bacaan betul.. lau cakap macam ni diorang marah lak.. tak reti nilai apa yang wajib apa yang tak..

hurm macam macam hal la isu tak bertudung ni... sabo jelah..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers

Site stats